Hari ini Bengkel Pengurusan, Pengendalian dan Keurusetiaan Siri 1/2013 telah berakhir untuk fasa ini dan bakal bersambung pada hari Khamis ini pula. Pada jam 2.00 petang tadi, saya telah menyertai pula Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat pusat latihan. Semasa berarak, kami iringi dengan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W sehingga ke dewan. Majlis bersambung dengan ceramah bertajuk "Inovasi Menuju Transformasi" yang disampaikan dengan cukup baik dari Ustaz Aswad b. Mohd Nason. Banyak teladan yg beliau sampaikan secara bersahaja. Majlis berlangsung sehingga jam 5.00 petang.
Staf sedang bersiap sedia sebelum perarakan bermula
No comments:
Post a Comment