Bila dah lepas SPM, orang akan tanya bila nak kuar result?
Bila lepas kuar result,orang tanya bila nak masuk U?
Bila dah kuar U, orang tanya bila nak keje?
Bila keje swasta, orang tanya bila nak keje kerajaan?
Bila dah keje kerajaan, orang tanya bila pasangan nak keje kerajaan?
Bila dah keje kerajaan, orang tanya bila nak naik pangkat?
Bila dah keje, orang tanya bila nak kawen?
Bila dah kawen, orang tanya bila nak dapat anak?
Bila dah dapat anak, orang tanya bila anak kedua? lelaki? perempuan?
Bila dah dapat anak, orang tanya bila nak dapat cucu?
Bila?
Bila?
Bila?
dan sampai bila?....
Sesungguhnya orang senang untuk berkata syukur tapi payah untuk paham apa itu syukur. Setiap soalan itu, entah-entah akan menimbulkan rasa tidak puas hati atau kurang senang kepada pihak yang ditanya. Soalan tu juga boleh menimbulkan fitnah dan syak wasangka.
Hindarkan prasangka dan cuba positifkan diri.
Setiap kejadian itu ada hikmahnya yang sangat indah. Allah adalah sebaik-baik perancang.
No comments:
Post a Comment