Friday, November 30, 2012

Lumps!

      Hari ini saya nak cerita tentang lumps ataupun coagulum yang terbentuk dalam lateks foam. Untuk makluman lateks foam disediakan dengan mengadakan priming terlebih dulu. Ini bermaksud (cellosize) iaitu cellulosic polymer with very high thickening efficiency used for water-based coatings mestilah dicampur terlebih dahulu dengan lateks ratio 1:1. Priming akan dikacau selama 30 minit untuk isipadu 500L. Selepas campuran sebati dan tiada ketulan, baru ia dicampurkan ke dalam lateks untuk tujuan compounding.
      Sekiranya berlaku kegagalan beberapa proses semasa penyediaan lateks foam, maka sedimentation/pemendakan lendiran akan berlaku sama ada di dasar mixing tank ataupun tersangkut di lapisan penapis sebelum memasuki mesin foam. Berikut merupakan beberapa faktor yang boleh membentuk foam:
  1. Skip/shortcut semasa penyediaan priming
  2. Masa stir priming dipendekkan
  3. Stirrer dalam mixing tank menjadi perlahan kerana belt rosak
  4. Saiz propeller priming tidak sesuai dengan bekas mixing (500L). Lateks kurang homogenous
  5. Off mixing tank stirrer. sedimentation  tidak dapat sebati.
  6. Tidak tukar filter pada foaming machine untuk setiap shif (8hrs) 
Terdapat beberapa faktor yang boleh ditambah dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment