Netiket atau nettiquette adalah etika dalam berkomunikasi melalui e‑mail. Seperti serius bunyi tajuk kali ini namun ia suatu perkara yang harus kita ambil berat terutama bila memasuki alam pekerjaan dan dunia profesional. Email yang baik seharusnya memiliki perkara berikut:
- Salutation: Sebaiknya mengikut pangkat orang yang kita tujukan "Dear Miss Cho, YBhg. Tuan, Dear all, jika anda menghubungi sebuah perusahaan, dan bukannya perseorangan, maka tulis "To Whom It May Concern:"
- Berterima kasihlah kepada si penerima: Jika Anda menjawab permintaan klien, Anda harus memulai dengan ucapan terima kasih. Contohnya, jika seseorang bertanya tentang perusahaan Anda, katakan, "Thank you for contacting ABC Company." Jika seseorang membalas email Anda, pastikan untuk berkata, "Thank you for your prompt reply." atau "Thanks for getting back to me." Jika kita berterima kasih kepada mereka, maka lakukanlah. Ini akan membuat mereka lebih senang dan akan membuatkan anda kelihatan lebih sopan.
- Jelaskan maksud dengan ringkas dan padat. Jangan berbelit. Gunakan "Refer to the", "I am writing to enquire about?" atau "I am writing in reference to?" Sangat penting untuk menyatakan tujuan Anda sejelas mungkin di awal email, lalu masuk ke paragraf utama dari email tersebut.
- Subject Emel : Pengenalan Kepada Pembaca: Subject (perkara) ialah pengenalan ringkas yang kita boleh tulis so penerima emel tu boleh tau sedikit tentang emel yang kita nak hantar tu.
- Sangat sopan untuk berterima kasih sekali lagi dan juga menambahkan kalimat penutup. Anda mulai dengan "Thank you for your patience and cooperation." atau "Thank you for your consideration." dan ikuti dengan, "If you have any questions or concerns, don't hesitate to let me know." dan "I look forward to hearing from you."
- Penutup: "Best regards," "Sincerely," dan "Thank you," semuanya terdengar profesional.
- Alamat emel yang munasabah: apa yang anda fikir jika terima email daripada "gurlypinky2020@ymail.com"atau "sexyboi_00@hotmail.com".
- To : CC : dan BCC :
- To: Ruang kosong tepi To: ialah ruang yang kita akan tulis alamat emel yang kita nak send emel kita tu. Kita boleh tulis 1 emel. Atau 10 emel. Tapi jangan banyak sangat. Nanti u olls kena detect sebagai spammer.
- Cc: Cc bermaksud iaitu carbon copy. Ataupun dalam bahasa Melayu salinan karbon. So, ruang Cc : masukkan alamat emel orang lain nak bagitau juga benda yang sama. Orang itu tak semestinya berkenaan atau perlu buat apa-apa tindakan dari emel itu. Just sebagai makluman. Cc : jugak bagus kalau u olls letak alamat sendiri dan u olls boleh dapat emel tu balik dan simpan dalam folder u olls. Akak selalu buat cam tu.
- Bcc : Bcc pulak bermaksud "blind carbon copy". if u letak alamat emel sapa-sapa kat Bcc tu, orang yang dapat emel yang sama kat To: dan Cc: takkan tau
- Check ejaan
- Pilihan tetapan font: Kita boleh memilih dan menetapkan font untuk emel kita dalam email setting. Pilihlah jenis dan size font yang kemas, mudah dibaca dan nampak korporat. Contohnya Times New Roman, Arial dan Verdana. Size font juga jangan terlalu besar dan terlalu kecil.
- Jangan BOLD: Kalau kamu BOLD tulisan kamu dalam ayat ini menunjukkan yang kamu nak tegaskan perkara itu. So BOLDkan ayat itu bila perlu sahaja. Kalau BOLD lebih-lebih orang akan kata KITA MARAH pulak.
- CAPs LOCK: Caps Lock atau HURUF BESAR DALAM SEMUA AYAT juga boleh menyebabkan kami pening nak baca. Selain itu, HURUF BESAR juga membawa maksud yang kamu menunjukkan perasaan marah pada ayat kamu tu.
- Jangan Merahkan tulisan: Satu lagi cara tak sopan dalam penulisan emel yang menunjukkan yang awak marah dan tak suka kepada penulis ialah memilih warna merah kepada font awak. Please elakkan. Guna warna hitam sudah.
- Koma, noktah, Tanda seruan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!: Inilah satu penyakit yang wujud dalam penulisan anak-anak muda zaman sekarang.
No comments:
Post a Comment