Secara fizikal, keadaan sebegini akan dapat dirasai apabila kita menyentuh lapisan getah tersebut. Ia akan rasa seperti serbuk halus di permukaaan getah. Sekiranya ia berwarna dan warna ia sama seperti produk kita, kemungkinan besar ia adalah loose rubber.
Biasanya permukaan getah tidak mempunyai habuk halus tanpa sebab. Habuk ini boleh menjadi punca kepada masalah alergi pada sesetengah orang yang sensitif.
Dalam konteks loose particle, ia boleh terjadi hanya selepas produk sampai ke gudang penyimpanan dan bukannya selepas proses. Faktor yang menyumbang kepada kehadiran loose particles adalah suhu penyimpanan, kelembapan persekitaran sebelum pek, produk tidak dikeringkan secara sempurna dan faktor masa. Loose particles disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- penggunaan dope berkepekatan tinggi
- leaching yang tidak sempurna/mempunyai masalah
- pengklorinan yang kurang sempurna
- suhu leaching yang rendah.
Jika diperhatikan, kesemua faktor adalah disebabkan oleh kehadiran lebihan calcium nitrate. Jadi, kawal paras calcium nitrate untuk mengelakkan daripada loose partikel berlaku. Kawal juga flowrate leaching pada leach tank anda!
No comments:
Post a Comment